Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, June 1, 2011

l0ve st0ry~

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
Andai dia adalah yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah kedalam hatiku,
Cinta kepadanya hanya keranaMu,

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku~

0 comments:

Post a Comment

 
//]]>