Welcome to my blog :)

rss

Monday, February 21, 2011

d0a sy~

Ya Allah, Jika jodoh saya sudah menghampiri nanti~
janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan
Temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya...
Yang bersedia menerima saya seadanya~
Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata
tetapi menerima apa jua keadaan keluarga~


Moga jodoh saya nanti menyayangi mama dan ayah 
sebagaimana saya menyayangi mereka...
Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan mama dan ayah 
sebagaimana saya menjaga kebajikan mereka.
Biar nanti perkahwinan itu bukan sekadar menyatukan 
2 hati malah menjalinkan ukhwah antara keluarga~
Bagaikan isi dengan kuku...


Ya Allah, Yang penting, temukanlah jodoh yang sudi
menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri~
Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti~
Sama ada saya atau dia yang sakit atau 
dipanggil olehmu dahulu, kami saling setia 
sehingga akhirnya kami menemuinu, 
di firdaus yang satu~


Ya Allah, Jika ditakdirkan jodoh saya terlebih 
dahulu memasuki syurgamu dan menemani 
jodohnya 'Si Bidadari Bermata Jeli'
berikanlah saya peluang Ya Tuhan,
melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang 
seketika dari kejauhan~
Sekadar dipinggiran~
Cukuplah untuk saya tahu dia berada disitu~~


0 comments:

Post a Comment

 
//]]>